
Anda mungkin boleh bina sebuah rumah yang besar, tetapi akhirnya ia boleh repas(usang) juga. Anda mungkin boleh bina karier yang baik, tetapi lama-lama karier tersebut akan berakhir juga. Anda mungkin sihat hari ini, tetapi belum tentu esok-esok masih sihat lagi.
Ramai orang invest dalam perkara-perkara sebegini, tetapi yang pasti semuanya bersifat sementara. Jadi, benda apa yang kita boleh invest yang boleh tahan lama? Inilah yang akan saya bincangkan dalam entri kali ini.
Pernah berlaku satu kerugian besar dalam salah satu syarikat komputer terbesar, DELL. Kerugian tersebut berlaku kerana berlaku kesilapan seorang stafnya dalam membuat satu keputusan yang melibatkan risiko yang cukup tinggi. Dell terus memanggil pekerja tersebut ke biliknya.
Dengan perasaan takut untuk dibuang kerja, pekerja tersebut melangkah masuk ke bilik Dell. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dell tidak membuang pekerja tersebut.
“Kenapa perlu saya pecat kamu sedangkan saya telah melaburkan berjuta wang untuk memberikan satu pengalaman kegagalan kepada seorang pekerja.”
Kisah lain
Ainon Mohd, Pemilik Syarikat Penerbitan PTS, ada mengatakan salah satu pelaburan yang dibuat PTS adalah mengadakan bengkel-bengkel penulisan secara percuma. PTS melaburkan sekitar 50 ribu setahun untuk bengkel penulisan tersebut.
Kadang yang datang ke bengkelnya pun ada yang ingin belajar untuk membuka syarikat penerbitan lain. Biarpun orang yang datang menyertai bengkel tersebut tidak menulis buku untuk syarikatnya, pelaburan yang tinggi itu membawa pulangan (ROI – return-of-investment) yang tinggi kepada PTS.
Melalui pelaburan ini PTS memperoleh bakat-bakat penulis muda yang terbaik! PTS juga memperoleh bakat-bakat baru yang layak diambil sebagai staf editorial PTS dari waktu ke waktu. Malah anda sendiri boleh lihat keuntungan lain yang PTS perolehi.
Apa yang mereka dapat?
Syarikat-syarikat pembuatan di Jepun memberikan kursus-kursus percuma kepada pembekal komponen produk-produk yang mereka keluarkan bagi memastikan komponen yang dibekalkan menepati spesifikasi.
Mereka menginginkan kualiti yang terbaik diterima oleh pelanggan. Jika di bahagian production sahaja yang baik, tetapi di bahagian jualannya sangat mengecewakan orang mungkin syarikat tersebut yang akan mendapat nama buruk.
Pulangan yang anda dapat bergantung kepada apa yang anda invest.
Dari konteks Islam
Islam pun turut mengajar tentang konsep pelaburan seperti ini. Apabila seorang muslim itu mati, salah satu perkara yang boleh memberikan pulangan(pahala) kepadanya adalah ilmu yang diajarkan dan diwarisi oleh orang lain.
Ilmu yang anda invest itulah yang akan memberi pulangan kepada anda nanti.
Hurm. Semakin banyak anak anda, maka itu adalah satu pelaburan besar untuk anda. Sama ada ia menjadi satu pelaburan yang baik(anak menjadi soleh) atau menjadi satu pelaburan yang buruk(anak banyak buat benda haram).
Samalah seperti dunia pelaburan lain. Anda sendiri yang perlu jaga pelaburan anda tersebut. Salah jaga atau main biarkan sahaja, buruk padahnya.
Teringat kata-kata seorang jutawan dalam sebuah bengkel keusahawanan yang disponsor olehnya.
“Bengkel ini bukan percuma. Saya tetap dapat sesuatu daripadanya. Tiada benda yang percuma di dunia ini. Semuanya berbayar.”
P/s: Doakan bengkel blog saya pada 25 Mei ini berjalan dengan lancar!
.
Azree Hanifiah
11 Februari 2008
Johor Bahru.











nak buat di mana tu azree?
saya cop nak collaborate bersama anta. learning centre dalam proses renovation. boleh buat situ aja. April dan ke atas lah tapinya. tapi saya tak mahu sentuh how to build a blog i.e teknikal.
tapi saya nak sentuh bab fundamental dalam berblog. saya dulu menulis politik. ramai kenal. bila ubah tajuk, bermula dari zero balik, tup. tup. ramai kenal pakdi yang baru, saya nak pengalaman sebegitu.
lepas ni saya nak tulis kisah sensasi artis pulak lah. hehe…
wahh,bestnya korang ni,planning mcm2x..bila la aku boleh join korang ni
Pakdi,
Nak buka learning centre rupanya. Kalau collaborate memang berminat sangatlah. Sekarang pun sedang merancang nak tubuh syarikat dengan kawan.
Yasir,
Siapa suruh kau lari dari aku. Hehe. Lain kali kerap-keraplah datang UIA jumpa aku.
butut2 … azree skrg yang dah ambik semua peluang. dia siap propose program baru lagi. kalau taknak dia ambik semua, yasir cepat2 la propose apa-apa. ofis baru dah boleh naik lrt je.
..Semoga berjaya dan diberi kekuatan!
Same here. Semoga berjaya dalam segala yang dirancang.
Bagus, Azree MH. Bila nak buat bengkel tu? Jangan lupa bagi tau aku ek? Satu pelaburan yang bijaksana!
azree, ada dapat emel tak?
apa pun nanti masa bengkel 101 tu kita bincang lanjut.
ws.
Salam.pertama kali masuk blog ni .suka la baca.tahu melalui blog dikmal.hmm pakdi pun selalu joint ye..kagum arr ngan pakdi..dah jumpa dah ngan dia..rupenye mude lagi..keh keh.Dah lame teringin belajar or main Cashflow tp tak berkesempatan.Belajar blog free? bagus gak tuh..walau dah beli ebook n pernah gi kursus tp rasa nak joint gak lagi..kita tungguuu
bestnyer, nk join bleh? btw, sy ler yg bayar utk 3 org tu (khairul, syafa dan afyan) but now afyan x jd nk pi, kena carik org lain le plak