Badan Dakwah dan Rohani

Badan Dakwah dan Rohani KISAS
1. Minggu lepas berlangsung muktamar BADAR Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Dan muktamar itu juga dikatakan muktamar BADAR kali terakhir buat KISAS. Seorang junior yang juga bekas pelajar sudah SMS saya beberapa hari sebelum muktamar berlansung berkaitan penghazafan BADAR KISAS.
2. Pengetua berhasrat untuk memperkemaskan lagi barisan kepimpinan pelajar di sekolah dengan mengimplementasikan sistem ala-ala parlimen. Siap dengan Perdana Menteri dan akan diwujudkan kementerian-kementerian untuk mengurus hal ehwal pelajar.
3. Kemudian beberapa hari kemudian keluar pula notis-notis di beberapa laman web tentang berita penghazafan BADAR KISAS. Ditulis dengan nada ayat tidak menyokong secara total.
4. “Saya sedih dengan apa yang berlaku, betulkah ini cara yang terbaik untuk rebranding BADAR?”
“BADAR ini tidak perlu diubah sebenarnya. Perbaiki saja kelemahan yang ada sampai jadi badan bertaraf dunia!”
5. Majoriti rakan-rakan terpengaruh dengan tulisan-tulisan tidak menyokong idea tersebut dan akhirnya membawa kepada satu gagasan untuk menentang idea pengetua tersebut.
6. Memang tidak dinafikan BADAR di KISAS telah menjalankan tanggungjawab dalam proses pendidikan(tarbiyah) Islam dan moral dalam membentuk jati diri pelajar-pelajar KISAS. Ia bukan sekadar majlis tazkirah petang selepas solat Asar, usrah setiap minggu, bacaan Al-Mulk setiap malam atau beberapa lagi peraturan lain.
7. BADAR di KISAS lebih daripada itu. Ia seakan satu badan yang mengangkat dan membawa suara pelajar ke pihak pengurusan. Ia seakan satu benda berharga yang tidak dapat dipisahkan.
8. Jadi apabila ada ura-ura mengatakan BADAR akan dihazafkan, samalah macam pihak pengurusan cuba merampas hak pelajar.
9. Isunya bukanlah soal BADAR dihazafkan atau tidak. Malah saya rasa perkataan ‘dihazafkan’ itu perlu ditukar kepada ‘digantikan’. BADAR cuma akan dimasukkan ke dalam sistem ala-ala parlimen itu sahaja dan dipanggil dengan nama ‘Kementerian Tarbiyah’ atau pun mungkin ‘Kementerian Hal Ehwal Agama’.
10. Isunya adalah adakah di bawah sistem yang baru ini, perlaksanaan tarbiah di KISAS masih lagi berjalan atau tidak. Harapnya kita tidak duduk termakan hasutan tulisan-tulisan dengan nada menghasut tanpa langsung memikirkan kebaikan sistem yang baru ini juga.
11. Mahu saja saya bertanya kepada kawan-kawan, “Dengan wujudnya sistem baru nanti, Lembaga Ketua Pelajar pun akan dihazafkan. Kenapa tiada pula yang bangkit menentang?”
Azree Hanifiah
Baytul Fareed
21 September 2008
tolonglah bina semula BADAR di SMAPK.. for ex-smapk..datanglah jenguk adik2 antum/nna yang semakin rosak ditelan zaman ini..
BDK/PERNAS tak sekuat manapun..
-AHLI BDK 2010-
Badar sebenarnya dari dulu lagi sepatutnya perlu diperbaharui. Saya bekas pelajar KISAS SPM 1988, pada ketika itu (1988) merasakan BADAR didominasi oleh puak-puak pelajar yang mempunyai aliran pemikiran ala-ala ulama’ tradisional yang kebanyakkannya gagal mengintegrasikan kehendak dan keperluan aliran dunia pemikiran moden dalam ertikata sebenarnya. Maksud saya, pelajar-pelajar yang menganggotai Badar lebih menekankan strategi dakwah tradisional tetapi tidak memandang dari perspektif dakwah moden yang lebih canggih, strategik dan melangkaui batas sempadan “borderless world”. Akibatnya, BADAR dipelopori oleh mereka yang sememangnya kuat beragama dan pemikiran ekstrim, manakala mereka yang berada dalam keadaan ‘sedang-sedang’, menganggap BADAR hanya perlu dan wajib diikuti semasa di tingkatan 4 semata-mata, dan akan merasa bebas apabila masuk ke tingkatan 5 dan seterusnya.
Integrasi antara puak moden dan tradisional inilah yang sebenarnya perlu dilakukan dan innovasi terhadap pendekatan dakwah perlu mencakupi kedua-dua puak pemikiran tradisional dan moden supaya para pelajar puak moden dapat mengikuti program BADAR dengan lebih ikhlas, terbuka dan mampu menyumbang idea yang bernas dari perspektif moden secara konsisten tanpa menghiraukan senioriti , manakala pelajar-pelajar aliran pemikiran tradisional tidak meminggirkan terus pelajar-pelajar senior aliran pemikiran moden. Kedua-duanya perlu saling bantu-membantu dan bertukar-tukar pemikiran dan idea supaya pemikiran tradisional dan moden berjalan seiringan menjadi satu wardah perjuangan yang melangkaui batas sempadan KISAS, bukan hanya aktiviti untuk golongan ‘pelajar kelompok elit’ yang menjadikan pelajar-pelajar KISAS secara keseluruhannya cuma bangga dari mana mereka bersekolah dulu, tetapi tidak bangga dengan mutiara yang mereka telah perolehi di KISAS ini.
Jadi, biarlah pihak pengurusan KISAS yang lebih berpengalaman menguruskannya terlebih dahulu dari hanya bersikap prejudis terhadap pembaharuan pemikiran.
Prof Ridzuan, SPM 88 Kolej Islam Kelang