Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/studiomu/public_html/wp-content/themes/author-revamp/header.php on line 40

365 Tip Sihat Gaya Muhammad bin Abdullah

Apalah guna harta yang melimpah ruah tetapi kita harus mengeluarkan belanja yang besar setiap bulan membayar bil hospital kerana masalah kesihatan? Bagaimana kita ingin mendapatkan badan yang sihat jika emosi dan jiwa sering terganggu dengan masalah keluarga dan kerja? Bagaimana untuk mendapatkan rohani yang tenang jika hubungan sosial bersama Tuhan dan manusia tidak dijaga?

Selain itu, pelbagai produk kesihatan muncul di pasaran akhir- akhir ini. Ada sesetengah produk itu diragui status halal namun kerana ingin menjaga kesihatan, produk ini laris walaupun ia mempunyai unsur- unsur penipuan. Malah, produk ini mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi sehingga boleh membawa mudarat kepada pengguna.  

Apabila kita ditimpa masalah kesihatan, kita menuding jari kepada orang lain namun sesetengah masalah itu wujud kerana kesilapan kita sendiri. Penyakit tidak akan timbul sekiranya kita menjaga pemakanan kita, mengoptimumkan ibadah dan menyusun rancangan meningkatkan kualiti hidup.

Buku ‘365 Tip Sihat Gaya Rasulullah’ memberikan panduan yang halal, bermanfaat, murah, mudah dan holistik di dalam mencari jawapan bagi semua persoalan di atas. Ia bukan sahaja menyediakan tip- tip kesihatan fizikal, bahkan emosi, rohani dan sosial agar kita dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Buku setebal 138 muka surat ini adalah rumusan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan Islamik yang pernah dipraktikkan pada 14 abad yang lalu. Ia membongkar rahsia bagaimana Rasulullah mengatur pola makanan dan aktiviti seharian bagi menjamin kesihatan minda, rohani, emosi dan sosial.

Kajian perubatan jelas menunjukkan semua perkara yang terkandung dalam ajaran Islam dan aktiviti Nabi Muhammad ketika hayatnya menjurus ke arah kehidupan yang sihat. Rekod mengatakan Nabi hanya pernah sakit dua kali sahaja dan salah satu sakit itu membawa kepada kewafatan beliau.

Segala penerangan dan saranan dalam buku ini adalah hasil kajian daripada hadis- hadis Nabi Muhammad, petua pengamalan perubatan Islam, panduan daripada ahli herba, hasil kajian daripada pusat kajian di seluruh dunia dan pengalaman penulis sendiri sebagai pengamal perubatan.

Buku ini menyatakan Allah mencipta manusia dalam bentuk yang sempurna sehingga manusia dikurniakan ketahanan semula jadi yang membolehkannya meneutralkan ancaman yang datang dari persekitaran. Ini menunjukkan betapa hebatnya kejadian Allah itu!

Kandungan buku ini dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu penyembuhan pintar (smart healing), perilaku pintar (smart behaviour), pemakanan pintar (smart eating), ibadah pintar (smart ibadah), doa pintar (smart doa), perubatan pintar (smart medicine) dan persekitaran pintar (smart environment).

Setiap satu kategori ini diberikan penjelasan yang menyeluruh dan ia menggunakan bahasa yang mudah dengan meminimumkan penggunaan perkataan di dalam bidang perubatan sehingga sesiapa sahaja mampu mempraktikkan petua dan panduan daripada buku ini. 

Tahukah anda kurma mampu menjauhkan kita daripada ancaman sihir? Tahukah anda penyakit hati seperti dengki, sombong, memfitnah dan pendendam boleh membawa kepada risiko dijangkiti barah dan hepatitis? Tahukah anda bersedekah mampu meringankan penderitaan pesakit dan bagaimana ia boleh berlaku?

Semua ini dan pelbagai lagi kemusykilan kesihatan akan terjawab di dalam buku ‘365 Tip Sihat Gaya Rasulullah’.

The Author

Mohd Aliff Bin Mohd Nor dilahirkan pada 22 November 1986. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Komunikasi Massa: Media Cetak) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini beliau bekerja sebagai Pemantau Media Penyiaran untuk Malaysia dan Singapura di sebuah organisasi Pemantau Media di ibu kota.Other posts by Aliff Mohd