Anyaman garis masa (timeline) yang berbeza dengan bahasa moden dan lama dilapisi sekali-sekala menjadikan karya ini terasa begitu segar sekali. Imbas kembali di waktu Perang Dunia Kedua yang penuh tragis adalah antara babak yang menyentuh hati saya.
Oh ya, perlu diingatkan, kisah ini juga kisah cinta, maka bersedialah untuk membaca pelbagai babak romantis dengan frasa-frasa puitis.
Read more
Semester ini kelas saya diberi tugas mengkaji sebuah kawasan atau bangunan untuk subjek Cultural Context. Subjek ini umumnya mengkaji secara kontekstual apa yang berlaku di sesebuah bandar, tempat dan kawasan. Kadangkala kami juga akan menelaah falsafah dan ideologi tertentu seseorang arkitek dan kemudian menganalisis teori-teori tersebut, adakah sesuai dan teraplikasi pada tempat-tempat terpilih.
Read more
Kata mereka, buku ini bagus, sudah menjadi bestseller, menyentuh hati. Hebat, mantap, malah mengesankan. Malah suatu masa dulu siap dibikin menjadi filem. Itu kata mereka, tapi bagaimana saya?
Dahulu saya mengenali Mitch Albom melalui karyanya “For One More Day”—tentang seorang anak yang kehilangan tuju hidup, kemudian ditakdirkan bertemu dengan ibunya yang telah mati 8 tahun lalu. Pada saya, cara kisah itu diperturunkan cukup impresif, dan impaknya lahir dengan hanya membaca sekali lalu.
Read more
The Art of Racing in the Rain, kisah seorang pelumba kereta bernama Denny bersama keluarganya yang tinggal di Amerika Syarikat. Menariknya, kisah ini diceritakan melalui kaca mata seekor anjing. Anjing peliharaan Denny ini bernama Enzo dan dalam buku ini ia mengimbas kembali suka duka hidup yang dilaluinya bersama Denny sejak mula tinggal bersama tuannya itu.
Read more