Archive for June, 2009

  • Snippet: Berdakwah Melalui Facebook

    38

    “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi beliau.” (Riwayat al-Bukhari)

    Apa yang dapat diambil daripada hadis di atas adalah boleh berurusan dengan orang Yahudi, boleh berhutang dengan orang Yahudi dengan cara cagaran, dan boleh mengguna pakai produk Yahudi. Hukum berurusan dengan orang Yahudi pada asasnya adalah halal.

    Timbul persoalan di sini berkaitan isu boikot. Adakah semua syarikat yang dimiliki oleh orang Yahudi perlu kita boikot walaupun mereka tidak menyokong sebarang bentuk keganasan? » Read the rest of the entry..

  • Kita Ibarat Bulan

    10

    Setiap orang ibarat bulan, memiliki sisi kelam yang tidak pernah ingin dia tunjukkan pada sesiapa. Tetapi cukuplah bagi kita memandang sejuknya permukaan bulan pada sisinya yang ingin ditunjukkan keindahannya.

    Begitulah setiap dari kita tidak lari daripada membuat kesilapan. Tidak kira dia, saudara dan juga saya. Malah ada beberapa perkara yang memalukan tentang diri kita yang ingin kita rahsiakan daripada orang lain. » Read the rest of the entry..

  • Di Sebalik Marahnya Abah

    17

    Zass!

    Satu sebatan hanger baju tepat mengena punggung.

    Kadang semasa kita kecil kita tidak tahu apa sebenarnya yang ibu bapa kita hendak. Kita buat silap, dimarahi dan kemudian menangis. Dan kadang kita cuba mempersoalkan tindak-tanduk ibu bapa.

    “Ah, kenapa kena sebat pula. Saja hendak cuba-cuba buat telur goreng pun salahkah?” bisik hati kecil saya yang baru berusia 8 tahun ketika itu. » Read the rest of the entry..

  • Bersahabat Ertinya Bercinta

    9
    Sahabat

    Sahabat

    Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.

    Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa. » Read the rest of the entry..