Archive for September, 2008

  • Snippets 2

    7

    Badan Dakwah dan Rohani 2

    1. Dahulu pernah saya kepada seorang alumni KIK(Kolej Islam Klang) tahun 70-an, dia mengatakan BADAR pada zamannya seolah tidak wujud. Kemudian semalam saya bertanya pula seorang bekas pelajar KIK tahun 80-an, era BADAR mula hendak digerakkan. Era program tarbiah mula aktif di KI(Kolej Islam).

    2. Beliau menjawab, “Tak apalah guna sistem macam mana pun. Yang penting fungsi-fungsi BADAR yang lepas itu masih berjalan. Dari dulu lagi BADAR berubah, cuma tidak berubah nama sahaja.”

    3. BADAR itu sendiri mengalami perubahan demi perubahan dari tahun awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Kini Pengetua merancang pula untuk menukar sistem pemilihan Lembaga Ketua Pelajar dan juga BADAR dengan menggunakan pendekatan pilihan raya dan akan diwujudkan jawatan-jawatan seperti Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain. » Read the rest of the entry..

  • Snippets 1

    21

    Badan Dakwah dan Rohani KISAS

    1. Minggu lepas berlangsung muktamar BADAR Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Dan muktamar itu juga dikatakan muktamar BADAR kali terakhir buat KISAS. Seorang junior yang juga bekas pelajar sudah SMS saya beberapa hari sebelum muktamar berlansung berkaitan penghazafan BADAR KISAS.

    2. Pengetua berhasrat untuk memperkemaskan lagi barisan kepimpinan pelajar di sekolah dengan mengimplementasikan sistem ala-ala parlimen. Siap dengan Perdana Menteri dan akan diwujudkan kementerian-kementerian untuk mengurus hal ehwal pelajar.

    3. Kemudian beberapa hari kemudian keluar pula notis-notis di beberapa laman web tentang berita penghazafan BADAR KISAS. Ditulis dengan nada ayat tidak menyokong secara total. » Read the rest of the entry..

  • Raudhatus Sakinah

    17

    Baru semalam dapat menjejakkan kaki di Raudhatus Sakinah. Menyentap jiwa dan kalbu. Lantas terilham sajak dari taman rindu. » Read the rest of the entry..

  • Minat dan Suka

    20

    “Shazli, kau bagi aku jaga kaunter yang kosong. Kaunter ‘undecided’. Boleh aku lepas-lepak. Hehe. Budak KISAS mana ada yang mengaku tiada hala tuju lagi.” Saya mengukir senyum nakal sambil menunggu-nunggu pameran bermula.

    Petang Jumaat lepas, saya bersama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertandang semula ke desa ilmu kami yang dulu – Kolej Islam Sultan Alam Shah – untuk satu program anjuran batch kami sendiri. Orang kata kalau bertandang ke sekolah lama jangan cari pasal. Buat baik terlebih dahulu, kemudian barulah pihak sekolah akan ‘berbuat baik’ kepada kita pula.

    Program yang kami anjurkan pada petang itu berupa perkongsian pengalaman di universiti. Cara memilih kursus dan bidang yang sesuai dengan minat masing-masing. Kami menyediakan 11 meja mewakili 11 kursus yang ditawarkan selepas SPM. Termasuk juga satu meja untuk pelajar yang masih belum memilih apa-apa kursus – undecided. Malamnya pula kami merancang satu forum untuk pelajar KISAS. » Read the rest of the entry..