Archive for August, 2008

  • Qada dan Qadar Membina Kegemilangan

    12

    “Saya ada satu persoalan yang berkaitan dengan isi usrah kita malam ini iaitu Qada dan Qadar. Mungkin boleh menghangatkan perbincangan usrah kita.” Hafiz Bai memulakan bicara.

    Semua mata tertumpu pada Hafiz Bai. Malam ini merupakan malam bagi usrah kedua kami bersama naqib baru, Dr. Sani Izan, pensyarah bidang kejuruteraan.

    Hafiz Bai menyambung, “Semasa kecil saya selalu berfikir-fikir tentang Qada dan Qadar. Bagaimana Allah menetapkan segala sesuatu tetapi dalam masa yang sama juga kita diberi untuk membuat pilihan.”

    “Satu persoalan yang menarik untuk usrah kita hari ini. Ada sesiapa punya jawapan untuk persoalan ini?” ujar abang Sani. » Read the rest of the entry..

  • Catur Bistari – Keusahawanan

    18

    “Macam ini saudara, saudara nak tak duit RM4 juta saudara jadi RM6 juta.” Saya memandangnya dengan wajah senyum. Cuba membuat satu urusniaga di luar permainan.

    Bayangkan dalam kumpulan itu, hanya saya seorang terkapai-kapai cuba bermain Catur Bistari. Dan bukannya di peringkat daerah atau negeri, tetapi di peringkat akhir perlawanan antara lebih 20 kumpulan setiap  universiti seluruh Malaysia.

    Sebetulnya saya terpaksa mengganti seorang pemain dan kumpulan UIAM telah berjaya ke peringkat akhir. Permainan Catur Bistari ini masih baru untuk saya dan saya tidak pernah sentuh pun sebelum ini. Cuma pada andaian awal saya jika ia kelihatan seperti permainan Cashflow 101, maka tidak menjadi masalah untuk saya mewakili UIAM. » Read the rest of the entry..

  • Program Palestin Sepanjang Tahun 2008

    2

    Palestin wallpaper

    Tarikh: 8/8/08
    Program: “Malam Air Mata Palestin”
    Tempat: Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi, Seremban.

    2.00 pm ~ 10.30 pm :
    Ekspo Dunia Islam & Palestin

    8.00 pm ~ 10.00 pm :
    1) Ucapan Aluan oleh Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden & Ketua Perhubungan Negeri ISMA NS,
    (2) Tayangan Slide – Ustaz Mejar Nazri Munsman, Wakil Jawatankuasa ISMA Pusat,
    (3) Ucap Utama – Syeikh Saud Abu Mahfidz, Ahli Lembaga Muassasah Masjid
    Al-Aqsa,
    (4) Nasyid – Nazery Johani ex-Raihan.

    Kutipan sumbangan ke Tabung Palestin oleh badan-badan koporat dan para hadirin hadirat.
    [anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) N9 dan Majlis Agama Islam N9 (MAINS)]

    Tarikh: 14 Ogos 2008
    Program: Remembrances of Al-Qud’s Day : Prologue
    Tempat: Kolej Cemara, Seksyen 18 Shah Alam (Berdekatan dgn Mydin dan Pasaraya Ole2 yang baru dibuka)
    Waktu: 8.00 malam -10.30 malam

    Ceramah akan disampaikan oleh wakil dari Aman Palestin dan JIM International
    Penampilan istimewa oleh Mua’dz Al-Masaar (InsyaAllah)

    Palestin ditindas

    Tarikh: 15 Ogos 2008
    Program: Ceramah Nakbah by Akh Ridzuan Harun
    Tempat: Masjid ar-Raudah, Sg Kelambu, Banting

    Tarikh: 20 Ogos 2008
    Program: Ceramah Nakbah by Dr HMN
    Tempat: Masjid al-Azim, Melaka

    Tarikh: 21 Ogos 2008
    Program: Palestin 21 OGOS
    Anjuran: KARISMA, kerajaan Negeri Selangor dan nasyeed.com

    Tarikh: 23&24 Ogos 2008
    Program: Training for Trainers Palestin (Zon tengah)
    Tempat: UIA Gombak
    Anjuran: KARISMA

    Tarikh: 23&24 Ogos 2008
    Program: Ceramah Perdana oleh Aman Palestin – Kutipan Tabung (masa ceramah), Memorandum, Rísalah flyers, Booth Jualan
    Tempat: Universiti Teknologi Petronas
    Anjuran: KARISMA, AMAN Palestin, Rakan Masjid UTP

    Tarikh: 24 Ogos 2008
    Program: Ceramah Nakbah oleh Akh Ridzuan Harun
    Tempat: Masjid Zakaria, Bt 81/2 Jln Gombak

    Tarikh: 29-30 Ogos 2008
    Program: Nakbah Palestin
    Tempat: KTR Balok Jaya 2, Kuantan
    Anjuran: Jemaah Islah Malaysia(JIM)

    Jika ada sebarang program berkaitan Palestin, sila maklumkan kepada saya untuk dimasukkan sekali dalam diari program Palestin ini.

  • Bengkel Blog – UIAM

    10

    Bengkel Blog

    Alhamdulillah, saya mohon maaf kerana lewat memberitahu tentang bengkel blog ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah pada 9 Ogos ini pihak QYC(Quranic Youth Club) akan mengadakan bengkel blog di UIAM, Gombak.

    Bengkel adalah percuma dan penyertaan terbuka kepada orang ramai. Sila daftarkan diri di sini(nama, no telefon, dan emel).

    Tarikh: Sabtu 9 Ogos 2008

    Tempat: Kelas bawah masjid UIAM, Gombak.

    Waktu: 9 pagi – 3 petang.

    Sila bawa pen dan buku catatan! Jika ada laptop, lebih baik.

    Nota: Bengkel ini tidak akan mengajar anda bagaimana membuat duit dengan adsense!

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi, Ezzani – 013-6787478