Archive for May, 2008

  • Isu Baju Kurung Sekolah

    10

    baju kurung perempuan

    “Apa pendapat saudara tentang isu baju kurung sekolah perempuan?”

    Saya mengerutkan dahi dan kemudian bertanya kepadanya semula. “Pendapat yang bagaimana yang kamu hendak? Menyokong atau membantah?”

    “Erm. Saya ada baca tiga pendapat yang berlainan. Satu daripada yang mengutarakan isu iaitu HEWI PKPIM. Pihak kedua adalah Muslimat PAS yang kelihatan menyokong tetapi pendapat ketiga adalah daripada Wanita JIM yang nampaknya membantah cadangan tersebut.”

    Saya menarik nafas panjang-panjang dan melepaskan perlahan-lahan. Betul, baru semalam juga saya membaca pendapat Wanita JIM tersebut di emel saya. Saya cuba menyusun semula pendapat-pendapat yang diutarakan oleh tiga pihak ini.

    » Read the rest of the entry..

  • Rebranding StudioMuslim

    4

    rebranding

    “Kenapa rebranding pula blog enta? Malas nak update?” soal rakan serumah saya.

    “Blog ana rebranding saja, bukannya under construction macam blog enta,” kata saya sambil tersenyum menyindir.

    “Nak tukar theme barukah?” soal seorang lagi rakan serumah.

    Sebenarnya rebranding blog saya bukan bertujuan untuk menukar theme blog yang asal. Rebranding StudioMuslim adalah untuk mencapai satu sasaran baru. Satu strategi baru perlu disusun supaya perbincangan di blog ini tidak menjadi sekadar bahan bacaan di internet.

    “Apa yang menyebabkan perlunya rebranding?” satu lagi soalan muncul kepada saya.

    » Read the rest of the entry..

  • Notis! Ahad 25 Mei 2008 Bengkel Blog

    35

    blog

    StudioMuslim akan mengadakan bengkel blog di SM Learning Centre, Cheras. Bengkel adalah percuma! Penyertaan masih lagi dibuka.

    Tarikh: Ahad 25 Mei 2008

    Tempat: SM Learning Centre, Cheras. (Bersebelahan Stesen STAR Cheras)

    Waktu: 10 pagi – 3 petang.

    Sila bawa pen dan buku catatan! Jika ada laptop, lebih baik.

    Alamat dan peta SM Learning Center di sini.

    Nota: Bengkel ini tidak akan mengajar anda bagaimana membuat duit dengan adsense!

    » Read the rest of the entry..

  • Berapa Banyak Anda Sanggup Invest Pada Orang Lain(1)

    10

    invest

    Anda mungkin boleh bina sebuah rumah yang besar, tetapi akhirnya ia boleh repas(usang) juga. Anda mungkin boleh bina karier yang baik, tetapi lama-lama karier tersebut akan berakhir juga. Anda mungkin sihat hari ini, tetapi belum tentu esok-esok masih sihat lagi.

    Ramai orang invest dalam perkara-perkara sebegini, tetapi yang pasti semuanya bersifat sementara. Jadi, benda apa yang kita boleh invest yang boleh tahan lama? Inilah yang akan saya bincangkan dalam entri kali ini.

    Pernah berlaku satu kerugian besar dalam salah satu syarikat komputer terbesar, DELL. Kerugian tersebut berlaku kerana berlaku kesilapan seorang stafnya dalam membuat satu keputusan yang melibatkan risiko yang cukup tinggi. Dell terus memanggil pekerja tersebut ke biliknya.

    » Read the rest of the entry..

  • Naruto Vs Samarinda

    20

    naruto

    “Azree, Naruto tu sunat tak?” soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.

    Dia kelihatan resah apabila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.

    Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.

    Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.

    » Read the rest of the entry..

  • Menjadi Raja Sehari

    9

    polis trafik

    “Saya teringin sangat hendak pergi tengok sendiri ISTAC.” Ujar Khairuddin kepada saya.

    “ISTAC? Ada apa dengan ISTAC?” Saya yang tidak tahu apa keistimewaan ISTAC menyoal.

    “Kamu pergi, kamu lihat dan kamu akan tahu.” Begitu kata Khairuddin yang memang meminati karya-karya Syed Naquib Al-Attas sehingga minatnya kepada seni bina ISTAC teramat mendalam.

    Mendengar kata-kata itu membuatkan saya jadi runsing. Terbawa-bawa hingga ke esok harinya. ’Aku perlu ke ISTAC,’ bisik saya dalam hati.

    polisDan kerunsingan itu terbawa-bawa sehingga ke jalan raya, menyebabkan perjalanan saya sentiasa membawa kerisauan kepada anggota polis trafik. Mana tidaknya, lampu merah pun saya langgar.

    Sesekali motor polis trafik yang lalu atau berhenti akan saya hon berkali-kali.

    » Read the rest of the entry..

  • Dakwah dan Cinta

    24

    muslim teens

    “Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

    “Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

    Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

    Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

    » Read the rest of the entry..

  • KONSIS – Konvensyen Mahasiswa Nasional Zon Tengah

    13

    Berniaga

    “Enta boleh tak pergi KONSIS? Committee tidak cukup.” Satu pesanan ringkas sms saya baca.

    “Bila tarikhnya.” Saya bertanya untuk mendapatkan maklumat program.

    “2 hingga 4 Mei ini.”

    Termenung sebentar kerana untuk tarikh itu sahaja sudah empat undangan program diterima. Salah satunya saya sudah berjanji untuk hadir – program anjuran BP Gemilang UIAM. Berbalah dalam hati.

    Sejak dari di matrikulasi lagi saya terlepas untuk pergi ke KONSIS. Dikira-kira sudah dua kali terlepas. Dan ini tawaran kali ketiga tapi bukan sebagai peserta lagi, terus menjadi AJK(ahli jawatankuasa).

    » Read the rest of the entry..

  • Kem Kecemerlangan PMR – SMAP Labu

    10

    “Kaunselor tadi ada nasihat, kita kena berhati-hati dengan budak-budak sini.” Ujar ketua fasilitator sebaik sahaja saya sampai di SMAP Labu pada hujung minggu lepas.

    “Kenapa pula?” Tanya salah seorang fasilitator di situ.

    “Budak-budak sekolah ini sudah terlalu pandai. Sudah banyak program motivasi mereka pergi.” Jawab ketua fasilitator tersebut.

    Saya yang baru berkenalan dengan mereka hanya berdiam diri. Sebetulnya tiada seorang pun di situ pernah saya kenal dan jumpa. Saya sekadar mahu menolong apa yang termampu apabila seorang rakan mengatakan program mereka kekurangan fasilitator.

    Seronok rasanya dapat pergi ke sana ke mari, belajar sesuatu daripada orang lain. Dan program kali ini adalah untuk pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki PMR tidak lama lagi.

    » Read the rest of the entry..