Archive for

Tukul dan Paku | Tang… tang… tang…

Seorang ahli psikologi, Abraham Maslow, ada berkata, “Jika peralatan yang ada pada kamu hanyalah sebatang tukul, kamu dengan mudah akan melihat setiap masalah sebagai paku.”

Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dikehendakinya, kebanyakannya lebih suka mempertahankan apa yang dirasakan dirinya sebagai betul.

Read more

Memanfaatkan Kepakaran

Pernah satu ketika saya diminta untuk menjadi Program Manager untuk satu program besar di UIAM. Saya yang kebiasaannya hanya menjadi Ketua Biro sahaja berfikir banyak kali sebelum menerima jawatan tersebut.

Bukan apa, satu lagi yang saya boleh buat adalah saya boleh memilih sesiapa sahaja untuk menjadi Ketua Biro dan untuk menjadi ahli jawatankuasa. Memang saya rasa betul-betul berkuasa masa itu.

Read more

Kita Kawan

Siapa kata mat rempit tidak boleh dibuat member(kawan)? Kalau betul caranya, sesiapa sahaja boleh dijadikan member. Setiap orang di sekeliling kita perlu kita jadikan mereka sebagai member kita.

Selalu kita dengar kata-kata seperti, “Hendak berkawan mesti kena pilih betul-betul. Jangan berkawan dengan budak tak tentu arah.”

Read more

Belajar Erti Tanggungjawab

Minggu lepas merupakan minggu yang paling seronok bagi saya – belajar perkara baru, dan buat sesuatu yang baru. Saya menjadi fasilitator untuk dua program yang berlainan temanya pada minggu lepas.

Satu adalah program kewangan. Saya menjadi fasilitator bersama Tuan Shamsuddin Kadir untuk satu bengkel kewangan untuk staf LHDN di Bukit Tinggi. Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Read more

Mama, Along nak BMX

Ini kisah seorang sahabat baik saya, Husaini, sewaktu zaman persekolahannya.

Sewaktu dia baru memulakan alam persekolahannya, dia hanya menunggang basikal kampung. Ala-ala basikal perempuan. Ada raga di depan handle basikal tersebut.

Sehinggalah apabila dia naik darjah dua, kawan-kawan mula mengejek.

Read more

Pesta Buku dan Isu DBP

Tiga hari saya di PWTC pada minggu lepas. Pada hari Jumaat saya datang selepas pulang dari Putrajaya. Jadi, alang-alang singgah sebentar di sana. Hari Sabtu dan Ahad pula datang untuk berbincang dengan Tuan Shamsuddin Kadir untuk satu program kewangan bersama LHDN pada hari Isnin hingga Rabu.

Begitulah jadual saya dipenuhkan pada minggu lepas.

Read more