Archive for

Puisi-puisi Pilihan SN: Usman Awang

Akhirnya bertemu dengan buku ‘Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara: Usman Awang’. Susah untuk menemui buku ini walaupun dicari di DBP. Terus sahaja saya membelinya. Mujur duit mencukupi.

Sebelum ini saya sudah membaca kumpulan puisi Usman Awang, ‘Duri dan Api’, yang dipinjam dari perpustakaan Sekolah Tun Fatimah. Tetapi ternyata buku puisi yang baru saya beli ini punya kelainan yang tersendiri.

Read more

Guna Kekuatan Yang Ada

“Ada satu kata-kata perangsang yang saya pegang sampai hari ini.” Kata seorang broker kepada saya beberapa minggu yang lepas.

“Apa kata-kata itu?” Saya menyoal.

“To success in your life, not do what you like. But like what you do.” Ujarnya.

“Sejak semasa saya belajar dulu, itulah yang menjadi pegangan saya. Walaupun tidak suka akan satu perkara yang saya buat, tetapi saya cuba menyukainya.” Dia menyambung lagi.

Read more

Belajar Daripada Bawah

“Adakah kerana populariti atau ingin menjadi terkenal bila dapat menjadi mainboard pada first year lagi?” Saya sengaja memberi soalan sebegitu.

“Bukan. Saya betul-betul mahu belajar cara-cara hendak manage sesuatu program dan cara-cara hendak menguruskan sesuatu meeting umpamanya. Dan saya rasakan jawatan ini memang dapat memberikan saya pengalaman seperti itu.” Jawabnya penuh yakin.

Read more