
Sudah hampir tiga tahun saya berada dalam dunia blog. Pada awalnya hanya menggunakan perkhidmatan blogspot dan baru 5 bulan lepas bertukar kepada perkhidmatan berbayar.
Tetapi nyata ia berbaloi kerana tidak sampai 4 bulan saya menulis di StudioMuslim, admin PlanHoster menawarkan saya untuk menaja blog StudioMuslim dengan percuma. Dan dalam masa yang sama juga saya ditawarkan menulis untuk beberapa website lain juga.
Kalau dahulu saya boleh update StudioMuslim dengan entri-entri baru selang dua hari sekali sehingga menaikkan pagerank StudioMuslim ini daripada ‘0’ melonjak terus kepada ‘3’ dalam masa tidak sampai 3 bulan. Tetapi kini saya menghadapi masalah pembahagian masa yang boleh dikatakan belum terurus sepenuhnya.









