About Me

Azree Hanifiah merupakan pemilik blog StudioMuslim. Bergiat aktif dalam menerima undangan ceramah kepimpinan untuk pelajar sekolah. Kepada yang berminat untuk menghubungi saya, sila emel ke azree.mh@gmail.com.

Archive for October, 2007

Kenapa Saya Menulis

Written by Azree Hanifiah on Oct 30th, 2007 | Filed under: Dari penulis, Kembara Hidup

Menulis
Menulis

Peristiwa ini telah berlaku lama dahulu. Sewaktu saya berada di tingkatan satu. Memang sudah lama, tetapi elok untuk dikenang kembali.

“Buku apa tu yang Noni baca?” Tanya saya kepada adik saya.

“Inilah buku yang remaja baca,” jawabnya.

Kemudian sebaik sahaja dia meninggalkan buku tersebut di atas meja, saya terus mencapainya. Dan terus membaca sehingga habis. Memang sudah menjadi tabiat saya yang suka membaca semasa kecil.

Tidak kira apa jenis buku, yang saya faham ataupun tidak, saya tetap akan membaca. Selalunya setiap buku yang dibaca akan diulang baca paling kurang dua kali. Sehinggakan habis buku-buku teks KOMSAS saya sudahi baca sewaktu sekolah rendah lagi. (more…)

Popularity: 14% [?]


Kenapa Saya Pilih StudioMuslim?

Written by Azree Hanifiah on Oct 28th, 2007 | Filed under: Dari penulis

header
header

Masuk bulan November nanti sudah hampir 5 bulan saya menulis untuk blog studiomuslim. Mulanya dahulu hanya menggunakan perkhidmatan wordpress.com pada bulan Mei. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan domain sendiri, studiomuslim.com.

Ada yang bertanya-tanya kenapa saya menggunakan perkataan ’studio’ dan ‘muslim’ untuk nama weblog saya ini. Lama juga saya tidak menjawab soalan tersebut. Jadi, pada entri kali inilah saya akan cuba menceritakan asal-usul StudioMuslim ini. (more…)

Popularity: 6% [?]


Buku: Bedar Sukma Bisu

Written by Azree Hanifiah on Oct 27th, 2007 | Filed under: Bisnes & Kewangan, Ulasan Buku

bedar sukma bisu
bedar sukma bisu

 “Di sini kita akhirnya mengerti mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan.”

Inilah novel yang saya tunggu-tunggu selama lima bulan untuk terbit selepas diumumkan memenangi tempat pertama sayembara jubli emas DBP. Saya mengambil masa selama tiga hari untuk menghabiskan novel ‘Bedar Sukma Bisu’ ini. Ternyata berat. Mungkin kerana terlalu sarat dengan pelbagai ilmu bantu dan fakta. (more…)

Popularity: 11% [?]


Kita Adalah Peniru

Written by Azree Hanifiah on Oct 23rd, 2007 | Filed under: Dari penulis, Pengurusan & Soft Skills

meniru
meniru

Dia dilahirkan sebagai seorang peniru. Ya, memang itulah dia. Sejak baru lahir, melihat dunia, dia sudah diajar untuk meniru.

Masih dia ingat sewaktu dia baru bangun daripada tidur, ibunya mendukungnya seraya mengajarnya untuk meniru. Meniru menyebut, “Mama… mama… mama…”

Setelah beberapa bulan, dia sudah berjaya meniru dan menyebut beberapa perkataan mudah. Kemudian perhatiannya dialihkan pula kepada suatu perkara lain. Dia lihat orang di sekelilingnya berdiri dengan dua kaki yang ada dan berjalan. (more…)

Popularity: 8% [?]


Kematian dan Persediaan

Written by Azree Hanifiah on Oct 20th, 2007 | Filed under: Dakwah Kampus, Kembara Hidup

 

kubur
kubur

Entah apa yang terawang-awang dalam fikiran saya ketika itu. Bermacam-macam menerjah ke kepala. Bersimpang-siur, sama seperti keadaan jalan yang bengkang-bengkok itu. Punggung sudah mula rasa tidak sedap duduk.

Berfikir tentang masalah dengan kawan yang belum selesai. Entah mengapa dia menjauhkan diri sejak beberapa hari lalu. Berfikir tentang hutang yang belum dilangsaikan. Andai saya mati dalam perjalanan ini, siapa yang tahu tentang hutang-hutang tersebut dan membayarnya? (more…)

Popularity: 9% [?]


  • Kata-kata Hikmah

    “You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.net-
  • Iklan

  • Buat Pautan

    Bagi yang ingin membuat pautan ke StudioMuslim, copy & paste script di atas ke dalam laman blog Anda.

  • Mood