Untaian kata 3

Fighting is not good. But we must fight to WIN.
.
Petikan filem ‘The Next Karate Kid’. Dialog oleh Mr. Dakota di bahagian akhir filem tersebut. Sangat menarik untuk difikirkan.
Popularity: 11% [?]
Azree Hanifiah merupakan pemilik blog StudioMuslim. Bergiat aktif dalam menerima undangan ceramah kepimpinan untuk pelajar sekolah. Kepada yang berminat untuk menghubungi saya, sila emel ke azree.mh@gmail.com.

Fighting is not good. But we must fight to WIN.
.
Petikan filem ‘The Next Karate Kid’. Dialog oleh Mr. Dakota di bahagian akhir filem tersebut. Sangat menarik untuk difikirkan.
Popularity: 11% [?]
Ini rahsia pertama yang ingin saya dedahkan iaitu pemimpin yang baik tidak akan mencadangkan diri sendiri untuk memegang sesuatu jawatan. Perkara ini selalu terjadi di universiti mahupun di sekolah. Malah di dalam sektor politik negara pun terjadi perkara sebegini – seorang pemimpin ingin memegang banyak jawatan.
Ada kebaikannya
Mungkin ada yang mempertikaikan perkara ini dengan mengatakan, “Dah kalau orang yang dipilih itu memang tidak layak, lagilah teruk barisan pimpinan.” atau pernah juga saya dengar semasa saya mengikuti satu kem remaja yang majoriti bilangan pesertanya adalah dari golongan bermasalah, ada seorang kawan saya berkata begini, “Kalau tiada sesiapa antara kita yang bangun mencadangkan diri sendiri sebagai pemimpin memang teruklah kem kali ini.”
Memang benar, ada betulnya dan ada kelemahannya. Cuma apabila saya membaca kisah-kisah Nabi Muhammad, rupanya memang ada hikmah sekiranya kita tidak mencadangkan diri sendiri untuk sesuatu jawatan, terutama jawatan sebagai seorang ketua.
Hayati kisah Nabi Muhammad
Seperti entri sebelum ini saya ada menceritakan kisah tentang peristiwa perletakan batu Hajar Aswad. Saya perhatikan di situ, tiada pula Nabi Muhammad mencadangkan dirinya sendiri menjadi ketua untuk mengadili golongan ketua-ketua itu. Malah, Nabi Muhammad juga berasa takut semasa kali pertama didatangi Jibrail. (more…)
Popularity: 10% [?]
Nabi Muhammad tidak pernah berahsia dengan kita. Cuma kerana kita tidak cuba mengkajinya maka ia menjadi satu rahsia. Inilah rahsia terbesar. Rahsia kepimpinan Nabi Muhammad.
Mengapa Micheal H. Hart menyenaraikan Nabi Muhammad pada kedudukan pertama dalam senarai 100 orang paling berpengaruh di dunia, itulah yang perlu dikaji dan diteliti. Micheal H. Hart mengatakan Nabi Muhammad tidak disanjung kerana kedudukannya sebagai seorang Nabi tetapi kerana sikap profesional Nabi Muhammad dan daya kepemimpinannya yang tinggi.
Ini adalah sesuatu yang betul dan benar. Bila kita lihat balik episod kepimpinan Nabi Muhammad, beliau sudah dipandang sejak beliau muda lagi. Sebelum dilantik Allah menjadi Nabi lagi beliau sudah mula diberi kepercayaan oleh penduduk setempat malah pemimpin-pemimpin pada masa itu. (more…)
Popularity: 5% [?]
Kegembiraan bukanlah atas apa yang anda ada atau apa yang anda telah lakukan. Tapi kegembiraan adalah atas apa yang anda fikirkan
-Dale Carnegie-
Bagi saya, fikirlah positif walaupun sedang ditimpa masalah. Kalau kita berfikiran negatif, susah untuk kita memperoleh idea-idea yang bernas untuk keluar daripada masalah. Umpama mempositifkan caj-caj negatif dalam tubuh badan.
Popularity: 11% [?]
Maaf kerana menyepi buat seketika. Tapi alhamdulillah kerana blog yang baru sahaja dibuka selama 8 hari ini telah menarik ramai pengunjung. Terima kasih atas sokongan beberapa pelawat yang menghantar mesej kepada saya untuk lebih kerap update blog ini.
Itu sudah cukup memberikan saya semangat untuk meneruskan matlamat blog ini. Doa-doakan.
Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana tidak dapat update blog ini buat sementara waktu. Saya sedang dalam proses untuk menyiapkan beberapa entri mengenai rahsia kepimpinan Nabi Muhammad. Itu pun kalau saya sempat mengkaji dan menulisnya seberapa pantas.
Harapan saya, teruslah kita sentiasa meneliti dan menghayati setiap yang telah ditunjukkan oleh Allah dan rasulnya, Nabi Muhammad. Ingat setiap ilmu yang baik walau datang dari dunia barat sekalipun, harus kita tuntut.
Popularity: 5% [?]